WELCOME TO BLOGSPOT MNU

*** WELCOME TO BLOGSPOT MALAYAN NURSES UNION***

Monday 31 July 2017

JURURAWAT MAUT KEMALANGAN

Berita Harian
31/7/2017


BALING: Seorang jururawat Hospital Kulim maut selepas kenderaan yang dipandunya terbabit dalam kemalangan di Batu 7, Binjol, Jalan Baru Kulim-Baling di sini, pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shariffuddin Yusof, berkata Nur A'ishah Abu Hassan, 32, dari Taman Wawasan, di sini, tersepit di bahagian pemandu kenderaan jenis Proton Saga dalam nahas jam 8.30 pagi itu.
Katanya, mangsa dipercayai dalam perjalanan pulang selepas selesai tugas dari arah Kulim menghala ke Baling.
"Berdasarkan siasatan awal, mangsa dipercayai gagal mengawal kenderaan lalu terbabas melanggar besi pembahagi jalan.
"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Baling untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.