WELCOME TO BLOGSPOT MNU

*** WELCOME TO BLOGSPOT MALAYAN NURSES UNION***

Tuesday 17 October 2017

BAJET 2018 : CUEPACS TUNTUT BONUS, KAD DISKAUN PENGANGKUTAN, ELAUN BANDARA RAYA

Bernama
Tarikh kemaskini: 16/10/2017



KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Bonus satu setengah bulan gaji, elaun bandar raya dan kad diskaun pengangkutan awam merupakan antara tuntutan Cuepacs untuk Bajet 2018 yang bakal dibentangkan 27 Okt ini. Presiden Cuepacs Datuk Azih Muda berkata selain bonus, cadangan dua inisiatif baharu itu penting untuk dipertimbangkan selaras dengan kenaikan pelbagai kos yang dihadapi penjawat awam yang tinggal di bandar raya. "Tentang bonus, kami tidak mahu lagi bantuan kewangan RM500, telah sampai masanya kerajaan bayar bonus satu setengah bulan gaji kepada penjawat awam.


"Bagi pemberian rebat penggunaan pengangkutan awam, Cuepacs mencadangkan kad diskaun kepada penjawat awam dan pesara kerajaan apabila menggunakan pengangkutan awam mulai Januari 2018," katanya kepada pemberita pada sidang media khas di sini hari ini. Azih berkata bagi pengenalan elaun bandar raya terutama kepada penjawat awam yang tinggal di kawasan berstatus bandar raya, Cuepacs mencadangkan bayaran RM300 sebulan bagi golongan ini menghadapi kos hidup di bandar raya. Selain itu Cuepacs juga meminta kerajaan mengkaji semula Elaun Tetap Khidmat Awam untuk gred terendah sebanyak RM95 sekarang kepada kadar minimum RM180 sebulan. "Untuk gred lebih tinggi pula boleh diselaraskan mengikut kelayakan.

 Sejak diperkenalkan 15 tahun lalu elaun ini tidak pernah disemak walaupun penjawat awam terpaksa berhadapan dengan beban sara hidup yang semakin meningkat," katanya. Cuepacs turut meminta pertimbangan kerajaan menganugerahkan dua kenaikan gaji tahunan kepada semua penjawat awam. Azih berkata ini bagi menghargai sumbangan yang diberikan anggota perkhidmatan awam dan mengambil kira kerugian yang dialami mereka semasa pelaksanaan Sistem Saraan Baharu (SSB) dan Sistem Saraan Malaysia (SSM) serta menampung kenaikan kos sara hidup. Selain itu Cuepacs turut mencadangkan kenaikan pangkat secara time based (berdasarkan tempoh berkhidmat) kali kedua untuk penjawat awam gred kanan. 

Azih berkata kenaikan time based kali pertama juga perlu dikurangkan dari 13 tahun kepada 10 tahun manakala kenaikan time based kali dua selepas lapan tahun. Bagi memastikan penjawat awam menikmati kemudahan daripada pelbagai jenis cukai yang dibayar, Cuepacs mencadangkan kadar pelepasan cukai pendapatan lebih tinggi kepada golongan ini. Antara cadangan berkenaan ialah kenaikan kadar pelepasan cukai individu daripada RM9,000 kepada RM18,000, isteri dan anak daripada RM4,000 kepada RM9,000, kadar pelepasan cukai untuk anak bawah 18 tahun dinaikkan kepada 21 tahun dengan kadar pelepasan RM2,000 dinaikkan kepada RM4,000. Selain itu, bagi tanggungan ibu bapa, diberi pelepasan sehingga RM5,000 dan untuk pelepasan kos perubatan ibu bapa diberi kenaikan daripada RM5,000 kepada RM9,000 selain cadangan pembelian insurans nyawa diberi kenaikan daripada RM6,000 kepada RM10,000. 

Sementara itu, Azih berkata perumahan tetap menjadi isu utama apabila masih ramai penjawat awam belum mampu memiliki rumah sendiri walaupun kerajaan memperkenalkan Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) dan Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA). "Oleh itu Cuepacs mencadangkan agar kadar faedah pinjaman daripada Lembaga Perumahan Sektor Awam (LPPSA) dikurangkan daripada empat peratus kepada hanya satu peratus. "Cuepacs juga memohon pertimbangan kerajaan supaya memperuntukkan pembinaan rumah kepada penjawat awam yang berpendapatan RM3,000 ke bawah dengan membina rumah pada harga RM90,000 hingga RM150,000," katanya. 

Azih berkata Cuepacs turut mencadangkan semua penjawat awam diberi perlindungan di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bagi menggantikan skim ex-gratia di bawah Kementerian Kewangan. Beliau berkata memorandum tuntutan kali ini telah dihantar kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak awal Ogos lalu. "Kami difahamkan ia sedang dipertimbangkan dan amat berharap semua tuntutan ini dapat dipenuhi dalam Bajet kali ini demi kesejahteraan penjawat awam negara ini. "Cuepacs percaya kerajaan tidak akan sekali-kali melupakan golongan penjawat awam dan sentiasa memastikan keperluan golongan ini dipenuhi," katanya. -- BERNAMA

Wednesday 4 October 2017

TIDAK ADIL BANDINGKAN JUMLAH PENJAWAT AWAM MALAYSIA DENGAN NEGARA LAIN - NAJIB


Bernama
Tarikh kemaskini: 03/10/2017 

PUTRAJAYA, 3 Okt ( Bernama) -- Adalah tidak adil untuk membandingkan jumlah penjawat awam di negara ini dengan negara-negara lain kerana takrifan penjawat awam di negara ini adalah tertakluk kepada Perlembagaan Persekutuan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Beliau berkata takrifan tersebut meliputi sektor perkhidmatan kesihatan seperti doktor dan jururawat, anggota keselamatan termasuk tentera serta polis dan warga pendidikan yang merangkumi para guru. "Di sebahagian negara-negara lain, mereka tidak menghitung pekerja dalam sektor kesihatan, keselamatan dan pendidikan sebagai penjawat awam,"katanya pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam ke-15 (MAPPA XV) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini. MAPPA merupakan acara tahunan di mana Perdana Menteri menyampaikan amanat kepada anggota perkhidmatan awam daripada pelbagai perkhidmatan di peringkat persekutuan, negeri, kerajaan tempatan dan syarikat berkaitan kerajaan.
Najib berkata kerajaan tersinggung dan marah kerana ada sesetengah pihak khususnya pembangkang menuduh kononnya perkhidmatan awam negara ini sudah terlebih bilangannya, berbanding negara-negara lain di dunia.

"Jika mereka (pembangkang) berkuasa, dengan angkuhnya, mereka mahu mengurangkan separuh daripada jumlah penjawat awam," kata Najib.
"Pihak pembangkang juga tergamak melabelkan penjawat awam dan memberi tanggapan negatif selain menyelar secara semberono bahawa perkhidmatan awam sebagai 'tidak cekap', 'makan gaji buta' dan sungguh keterlaluan, apabila ada pemimpin pembangkang sanggup menghina penjawat awam sebagai 'kucing kurap', katanya.
Menurut Najib, dalam institusi kerajaan, perkhidmatan awam menjadi jentera perkhidmatan awam utama untuk penyampaian dan pelaksanaan segala dasar serta inisiatif kuasa politik yang memerintah secara sah.

Menurutnya, terdapat persepi atau kefahaman bahawa ada pemisahan, yakni kuasa politik yang memerintah secara sah tidak ada kena mengena dengan perkhidmatan awam, seperti sesetengah orang akan berkata, kuasa politik yang memerintah secara sahboleh datang dan pergi, namun perkhidmatan awam tetap sama.
"Sebaliknya, kerajaan yang terbentuk daripada Jemaah Anggota Pentadbiran, sebenarnya satu hubungan hierarki dengan perkhidmatan awam, di mana, kerajaan adalah penentu dasar pentadbiran negara dan dasar tersebut hendaklah dilaksanakan oleh perkhidmatan awam dengan berkesan untuk kebaikan negara seperti yang diperintahkan," katanya.
"Perkhidmatan awam negara ini sudah cukup matang dan berhemah untuk menghadami dan mena'akul ehwal hubung kait yang diutarakan ini, dengan mendalam, kerana antara keduanya tidak boleh terpisahkan. Antara pihak anggota pentadbiran dan perkhidmatan awam adalah ibarat 'aur dengan tebing'," katanya.
Justeru, Najib berkata apabila terdapat pihak atau pembangkang memperlekeh, mentohmah atau menfitnah penjawat awam, maka cacian atau kata-kata nista itu seumpama menghina secara langsung pihak kerajaan secara keseluruhannya dan begitu juga sebaliknya.
"Jadinya, kita mesti bersyukur dengan nikmat yang sedang dikecapi dan tidak membiarkan tanah air ini jatuh ke tangan mereka (pembangkang) tidak menghargai sumbangan dan susah payah para penjawat awam," katanya.
Menurut Najib, jika benar tohmahan penjawat awam di negara ini tidak cekap, mana mungkin mereka dapat memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat menerusi Pusat Transformasi Bandar (UTC) dan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) yang merupakan pencetus perubahan dalam perkhidmatan awam yang diakui Bank Dunia sebagai model terbaik perkhidmatan kerajaan di dunia sehingga mampu menjimatkan perbelanjaan kerajaan sehingga RM2 bilion.
"Jika dahulu, perkhidmatan memperbaharui pasport mengambil masa sehingga 10 hari bekerja, kini cuma memerlukan satu jam sahaja, berbanding di United Kingdom dan Australia yang mengambil masa selama tiga minggu. Malah, sistem pembaharuan pasport dalam talian sedang melalui tempoh ujian. Inilah yang dinamakan inovasi dalam mentransformasikan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan," katanya.
Dalam pada itu, Perdana Menteri juga menggariskan tiga cabaran utama yang bakal ditempuhi oleh perkhidmatan awam iaitu pertamanya, mendepani era, geopolitik dan keamanan sejagat yang membabitkan krisis di antara negara-negara Islam di Teluk, program nuklear Korea Utara dan implikasi fenomena Brexit atau Britain Exit (Britain keluar daripada Kesatuan Eropah), serta kes-kes keganasan, letupan, pengeboman di tempat-tempat awam oleh kumpulan pengganas dan ekstremisme di dunia.
"Oleh itu, kerajaan sentiasa memantau situasi keamanan dan keselamatan negara, sekali gus berusaha memastikan agar para penjawat awam tidak terpengaruh apatah lagi terlibat dengan kegiatan puak pelampau ini seperti Daesh dan IS, yang telah menyalahtafsirkan konsep jihad sebenar," kata Najib.
Najib berkata kerajaan telah melaksanakan inisiatif-inisiatif strategik di bawah Dasar Transformasi Nasional demi memacu Malaysia menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi dalam memelihara kepentingan dan memenuhi kehendak serta kebajikan rakyat.
Katanya kerajaan berusaha gigih menyalurkan pelbagai bantuan dan inisiatif untuk meringankan beban kos sara hidup rakyat khususnya dalam kalangan di bawah kumpulan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40) dan kumpulan M40 (kumpulan berpendapatan 40 peratus sederhana) di bawah jenama 1Malaysia seperti PPA1M, Klinik 1Malaysia, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Kad Diskaun Siswa 1Malaysia serta bantuan kepada para petani, pekebun kecil, nelayan serta peneroka Felda.
Najib berkata kerajaan akan terus memfokus kepada projek-projek infra-rakyat seperti Transit Aliran Massa (MRT) yang bertaraf dunia dan begitu juga dengan projek-projek Kereta Api Pantai Timur (ECRL) dan Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) yang sedang rancak dan bakal dibina.
"Di Sabah dan Sarawak pula, kerajaan mengotakan janji melalui pembinaan Lebuhraya Pan-Borneo dan berharap kawasan-kawasan terpencil seperti Kapit dan Ulu Song yang sebelum ini terputus hubungan, dapat bersama merasa nikmat kemajuan," katanya.
Perdana Menteri berkata cabaran ketiga yang akan dilalui oleh barisan penjawat awam ialah kemunculan gelombang teknologi baharu yang dikenali sebagai Revolusi Perindustrian Keempat (IR 4.0) dan Ekonomi Digital yang menyebabkan kerajaan terus berusaha dalam menjayakan Dasar Digital Malaysia.
Menurutnya, IR 4.0 berlaku melalui tiga ciri utama iaitu kelajuan, keluasan dan kedalaman serta impak menyeluruh yang akan menyebabkan dunia pada masa hadapan dipenuhi dengan fenomena-fenomena yang tidak pernah tergambar dalam fikiran seperti kereta autonomi, pengkomputeran kuantum dan kecerdasan buatan.
"Kesemuanya ini menuntut keupayaan perkhidmatan awam dalam memberi respons segera kepada pelbagai teknologi yang kacau-ganggu, atau bersifat disruptif ini dan bersedia dengan pendekatan yang lebih segar lagi pelbagai dimensi serta kombinasi top-down (atas ke bawah) dan bottom-up (dari bawah ke atas), inside-out (luar dan dalam) serta outside-in (dalam dan luar), khususnya dalam penggubalan dasar regulasi baharu yang merangkumi hak dan privasi pelanggan, keselamatan, pendidikan, ekonomi serta teknologi pintar," katanya.
Najib pada majlis itu juga memaklumkan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump memuji pendirian Malaysia yang anti-keganasan dan mengiktiraf Malaysia sebagai negara pelaku global antara yang penting di rantau Asia Tenggara dan dunia.
Katanya sewaktu pertemuannya bersama Trump dalam lawatan kerjanya ke Amerika Syarikat atas jemputan presiden itu, kerajaan Amerika Syarikat dalam kenyataan rasmi bersama, telah bersetuju untuk pihak Myanmar menghentikan penindasan dan operasi ketenteraan terhadap etnik Rohingya.
-- BERNAMA

BERITA GEMBIRA UNTUK PENJAWAT AWAM DALAM BAJET 2018


Bernama
Tarikh kemaskini: 03/10/2017 


 PUTRAJAYA, 3 Okt (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beberapa khabar gembira dan penambahbaikan untuk penjawat awam akan diumumkan dalam Bajet 2018 yang akan dibentangkan pada 27 Okt ini.

"Saya faham, ramai yang ternanti-nanti akan pengumuman-pengumuman tertentu," kata Najib yang juga Menteri Kewangan pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) Ke-15 di sini hari ini.

Kenyataan Najib itu disambut tepukan gemuruh lebih 5,000 penjawat awam yang menghadiri acara tahunan itu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Pada acara itu, perdana menteri menyampaikan amanat kepada anggota perkhidmatan awam daripada pelbagai perkhidmatan di peringkat persekutuan, negeri, kerajaan tempatan dan syarikat berkaitan kerajaan.

Najib pada majlis itu berkata kerajaan sejak puluhan tahun, amat menyanjung tinggi dan berterima kasih kepada para penjawat awam yang sekian lama bersama pentadbiran kerajaan, saling ganding-berganding, lengkap-melengkapi dan dukung-mendukungi.

Katanya, kerajaan terutamanya sejak lapan tahun kebelakangan ini, melaksanakan pelbagai inisiatif dan penambahbaikan demi membela kepentingan dan menjaga kebajikan penjawat awam.

Antaranya ialah dengan menaikkan gaji penjawat awam sebanyak tujuh peratus hingga 13 peratus pada 2012, menaikkan pencen minimum daripada RM720 kepada RM820 bagi mereka yang berkhidmat selama 25 tahun atau lebih pada 2012, penetapan gaji terendah daripada RM832 kepada RM1,200 sebulan mulai Julai 2016 dan pemberian pergerakan gaji tahunan sebanyak tiga peratus setahun kepada pegawai yang telah mencapai gaji maksimum, katanya.

Selain penambahbaikan dari segi struktur gaji dan perkhidmatan, kerajaan turut melaksanakan penambahbaikan dari sudut kebajikan penjawat awam.

Antaranya menaikkan kadar Bantuan Sara Hidup atau COLA sebanyak RM50 sebulan pada tahun 2012 bagi penjawat awam yang tinggal di kawasan pinggir bandar dan menaikkan Imbuhan Tetap Perumahan atau ITP minimumkepada RM300 sebulan pada 2015, katanya.

"Kesemua kemudahan dan imbuhan yang dinikmati oleh penjawat awam adalah kerana hubungan kerjasama yang kukuh antara kerajaan yang baik dan perkhidmatan awam yang cekap lagi efisien," katanya.

"Barulah wujudnya satu simbiosis yang mantap dalam memecut dan 'to leapfrog' atau melonjakkan Malaysia supaya tersenarai dalam kelompok 20 negara termaju dana terbaik di dunia menjelang tahun 2050," kata perdana menteri.

-- BERNAMA
Bernama Tarikh kemaskini: 03/10/2017 PUTRAJAYA, 3 Okt (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beberapa khabar gembira dan penambahbaikan untuk penjawat awam akan diumumkan dalam Bajet 2018 yang akan dibentangkan pada 27 Okt ini. "Saya faham, ramai yang ternanti-nanti akan pengumuman-pengumuman tertentu," kata Najib yang juga Menteri Kewangan pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) Ke-15 di sini hari ini. Kenyataan Najib itu disambut tepukan gemuruh lebih 5,000 penjawat awam yang menghadiri acara tahunan itu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Pada acara itu, perdana menteri menyampaikan amanat kepada anggota perkhidmatan awam daripada pelbagai perkhidmatan di peringkat persekutuan, negeri, kerajaan tempatan dan syarikat berkaitan kerajaan. Najib pada majlis itu berkata kerajaan sejak puluhan tahun, amat menyanjung tinggi dan berterima kasih kepada para penjawat awam yang sekian lama bersama pentadbiran kerajaan, saling ganding-berganding, lengkap-melengkapi dan dukung-mendukungi. Katanya, kerajaan terutamanya sejak lapan tahun kebelakangan ini, melaksanakan pelbagai inisiatif dan penambahbaikan demi membela kepentingan dan menjaga kebajikan penjawat awam. Antaranya ialah dengan menaikkan gaji penjawat awam sebanyak tujuh peratus hingga 13 peratus pada 2012, menaikkan pencen minimum daripada RM720 kepada RM820 bagi mereka yang berkhidmat selama 25 tahun atau lebih pada 2012, penetapan gaji terendah daripada RM832 kepada RM1,200 sebulan mulai Julai 2016 dan pemberian pergerakan gaji tahunan sebanyak tiga peratus setahun kepada pegawai yang telah mencapai gaji maksimum, katanya. Selain penambahbaikan dari segi struktur gaji dan perkhidmatan, kerajaan turut melaksanakan penambahbaikan dari sudut kebajikan penjawat awam. Antaranya menaikkan kadar Bantuan Sara Hidup atau COLA sebanyak RM50 sebulan pada tahun 2012 bagi penjawat awam yang tinggal di kawasan pinggir bandar dan menaikkan Imbuhan Tetap Perumahan atau ITP minimumkepada RM300 sebulan pada 2015, katanya. "Kesemua kemudahan dan imbuhan yang dinikmati oleh penjawat awam adalah kerana hubungan kerjasama yang kukuh antara kerajaan yang baik dan perkhidmatan awam yang cekap lagi efisien," katanya. "Barulah wujudnya satu simbiosis yang mantap dalam memecut dan 'to leapfrog' atau melonjakkan Malaysia supaya tersenarai dalam kelompok 20 negara termaju dana terbaik di dunia menjelang tahun 2050," kata perdana menteri. -- BERNAMA

Cheap Offers: http://bit.ly/gadgets_cheap

Tuesday 29 August 2017

KEBAJIKAN JURURAWAT PERLU PERHATIAN

Utusan Malaysia
12 Mei 2017 3:00 AM 













NORHAYATI ABDUL RASHID (kiri) bertanyakan sesuatu kepada kakitangannya di Hospital Raja Perempuan Bainun, Ipoh, Perak.

IPOH 11 Mei – Mungkin ramai yang tidak menyedari tarikh 12 Mei setiap tahun merupakan Hari Juru­rawat Sedunia yang disambut di seluruh dunia.Sambutan tahunan itu untuk mengenang dan menghargai sumbangan para jururawat yang memainkan peranan penting dalam perkhidmatan kesihatan setiap negara.
Tarikh tersebut tidak harus dilupakan sebagai menghargai individu yang banyak berkorban untuk memastikan rakyat Malaysia sentiasa berada dalam keadaan sihat.Setimpal dengan pengorbanan jururawat, maka soal gaji, elaun, tempat kerja yang kondusif, kemudahan lengkap, keselesaan di tempat kerja dan peluang melanjutkan pelajaran untuk golongan itu perlu diberikan perhatian.

Itu merupakan antara perkara yang diperjuangkan oleh Kesa­tuan Jururawat Malaya yang kini mempunyai hampir 23,000 ahli di seluruh negara.Presidennya, Norhayati Abdul Rashid berkata, secara keseluruhannya perjuangan kesatuan adalah memastikan kebajikan ahli-ah­linya terbela, sesuai dengan jasa dan pengorbanan jururawat yang cukup besar dari segi masa dan tenaga.

Menurutnya, kebajikan jurura­wat­ perlu diberikan perhatian kerana kerjaya mereka cukup mulia dan tidak semua orang mampu menjalankan tugas-tugas sedemikian.Mengenai soal gaji Norhayati berkata, antara aspek yang perlu dikaji adalah elaun asas jururawat daripada RM100 dinaikkan kepada RM300 dan perkara itu sedang dibincangkan dengan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS).

“Gaji jururawat harus dikaji apatah lagi ketika kenaikan harga barang dan harga rumah. Jururawat wajar menikmati gaji yang setimpal kerana mereka bekerja tanpa mengira masa.
“Hospital tidak akan tutup selepas pukul 5 petang. Jururawat seperti anggota polis, bekerja se­panjang masa termasuklah hari cuti umum kerana orang sakit tidak kira cuti atau tidak,” kata­nya di sini.

Menurut Norhayati, selain itu, kesatuan juga mencadangkan supaya pada masa akan datang jururawat yang bertugas pada waktu malam diberikan elaun khas sebagai daya tarikan untuk mereka bertugas pada masa tersebut.“Bukan mudah untuk mereka bertugas di luar waktu pejabat apatah lagi kepada yang sudah berkeluarga, jadi perlu ada daya tarikan,” katanya. Turut menjadi perhatian kesatuan adalah soal melanjutkan pelajaran dalam kalangan jururawat untuk meningkatkan kema­hiran.

Dalam hal itu menurut Norha­yati, peluang untuk melanjutkan pelajaran sememangnya ada, na­mun disebabkan kekangan tugas seharian dan jumlah petugas yang terhad, maka itu menjadi halangan.Jelasnya, walau apa pun caba­rannya, jururawat tetap menja­lankan tugas dan amanah menjaga pesakit dengan rawatan op­ti­mum.“Jururawat tidak boleh memberikan rawatan substan­dard kerana inilah ikrar kami untuk menjaga pesakit dengan sebaik-baiknya,” katanya.

Monday 31 July 2017

JURURAWAT MAUT KEMALANGAN

Berita Harian
31/7/2017


BALING: Seorang jururawat Hospital Kulim maut selepas kenderaan yang dipandunya terbabit dalam kemalangan di Batu 7, Binjol, Jalan Baru Kulim-Baling di sini, pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shariffuddin Yusof, berkata Nur A'ishah Abu Hassan, 32, dari Taman Wawasan, di sini, tersepit di bahagian pemandu kenderaan jenis Proton Saga dalam nahas jam 8.30 pagi itu.
Katanya, mangsa dipercayai dalam perjalanan pulang selepas selesai tugas dari arah Kulim menghala ke Baling.
"Berdasarkan siasatan awal, mangsa dipercayai gagal mengawal kenderaan lalu terbabas melanggar besi pembahagi jalan.
"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Baling untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.

Friday 12 May 2017

NEGARA KEKURANGAN JURURAWAT

Utusan Malaysia
12/5/2017


PUTRAJAYA 12 Mei – Malaysia masih berdepan masalah ke­ku­rangan jururawat, sekali gus menyebabkan sasaran nisbah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu seorang jururawat bagi 200 penduduk masih belum tercapai.Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya berkata, antara kekangannya adalah pengambilan jururawat pelatih yang kecil setiap tahun, pertambahan penduduk dan pertambahan bilangan jururawat berpencen.
Sehubungan itu katanya, sebagai langkah awal, kementerian melatih seramai 10,000 paramedik setiap tahun melalui 33 institusi latihan perubatan di seluruh negara.“Pada masa ini, nisbah seorang jururawat adalah untuk 300 penduduk. Kita memang menuju ke arah sasaran WHO, tetapi bukan dalam waktu terdekat, mungkin dalam tempoh 10 tahun lagi.

“Bagaimanapun kita percaya jumlah pengambilan jururawat berkelulusan diploma seramai 3,300 setiap tahun masih mampu membantu hospital merawat jumlah pesakit yang ada,” kata­nya selepas merasmikan sambutan Hari Jururawat Antarabangsa 2017 dan Seminar Saintifik, di sini hari ini.

Yang hadir sama, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, Pengarah Kejururawatan Bahagian Kejururawatan kementerian, Rosena Abdul Ghani dan Presiden Persa­tuan Jururawat Malaysia, Sharipah Asiah Syed Junid Aljunid Mengulas lanjut, Hilmi ber­kata, kementerian juga me­ngam­bil langkah melatih se­ra­mai 40,000 sukarelawan se­bagai pembantu penya­ring kesihatan dalam kalangan masyarakat setempat.Selain itu, katanya, Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) dan Rukun Tetangga turut menyertai program sukarelawan itu yang mana seramai 11,000 daripada anggota mereka mahir dalam memberikan perkhidmatan saringan seperti memeriksa tekanan darah, kolesterol dan berat badan.

“Langkah ini membantu kementerian menggalakkan kempen penjagaan kesihatan dan gaya hidup sihat melalui proses saringan. Mencegah itu lebih baik daripada merawat,” katanya.Dalam pada itu, beliau memberitahu, sejumlah 2,000 klinik desa di seluruh negara sedang dinaik taraf secara berperingkat kepada klinik kesihatan tahap tujuh (KK7).Jelasnya, proses penambahbaikan itu akan membolehkan klinik-klinik desa menawarkan perkhidmatan rawatan pesakit luar berbanding sebelum ini ha­nya untuk ibu mengandung.“Langkah itu akan memudahkan masyarakat luar bandar, mereka tidak perlu lagi pergi ke bandar yang mana jarak perjalanan ada kalanya jauh selain meningkatkan tahap perkhidmatan kesihatan negara,” katanya.

Terdahulu beliau menyampaikan anugerah khas kepada tiga orang tokoh jururawat iaitu Siti Mahfudz (tokoh jururawat perkhidmatan); Dr. Jeya Devi Coomarasamy (tokoh jururawat pendidikan) dan Habesah Ab. Latif (tokoh jururawat komuniti).