Utusan Malaysia
12 Mei 2017 3:00 AM
NORHAYATI ABDUL RASHID (kiri) bertanyakan sesuatu kepada kakitangannya di Hospital Raja Perempuan Bainun, Ipoh, Perak.
Tarikh tersebut tidak harus dilupakan sebagai
menghargai individu yang banyak berkorban untuk memastikan rakyat
Malaysia sentiasa berada dalam keadaan sihat.Setimpal
dengan pengorbanan jururawat, maka soal gaji, elaun, tempat kerja yang
kondusif, kemudahan lengkap, keselesaan di tempat kerja dan peluang
melanjutkan pelajaran untuk golongan itu perlu diberikan perhatian.
Itu
merupakan antara perkara yang diperjuangkan oleh Kesatuan Jururawat
Malaya yang kini mempunyai hampir 23,000 ahli di seluruh negara.Presidennya,
Norhayati Abdul Rashid berkata, secara keseluruhannya perjuangan
kesatuan adalah memastikan kebajikan ahli-ahlinya terbela, sesuai
dengan jasa dan pengorbanan jururawat yang cukup besar dari segi masa
dan tenaga.
Menurutnya, kebajikan jururawat
perlu diberikan perhatian kerana kerjaya mereka cukup mulia dan tidak
semua orang mampu menjalankan tugas-tugas sedemikian.Mengenai
soal gaji Norhayati berkata, antara aspek yang perlu dikaji adalah
elaun asas jururawat daripada RM100 dinaikkan kepada RM300 dan perkara
itu sedang dibincangkan dengan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam
Perkhidmatan Awam (CUEPACS).
“Gaji jururawat
harus dikaji apatah lagi ketika kenaikan harga barang dan harga rumah.
Jururawat wajar menikmati gaji yang setimpal kerana mereka bekerja tanpa
mengira masa.
“Hospital tidak akan tutup
selepas pukul 5 petang. Jururawat seperti anggota polis, bekerja
sepanjang masa termasuklah hari cuti umum kerana orang sakit tidak kira
cuti atau tidak,” katanya di sini.
Menurut
Norhayati, selain itu, kesatuan juga mencadangkan supaya pada masa akan
datang jururawat yang bertugas pada waktu malam diberikan elaun khas
sebagai daya tarikan untuk mereka bertugas pada masa tersebut.“Bukan
mudah untuk mereka bertugas di luar waktu pejabat apatah lagi kepada
yang sudah berkeluarga, jadi perlu ada daya tarikan,” katanya. Turut menjadi perhatian kesatuan adalah soal melanjutkan pelajaran dalam kalangan jururawat untuk meningkatkan kemahiran.
Dalam
hal itu menurut Norhayati, peluang untuk melanjutkan pelajaran
sememangnya ada, namun disebabkan kekangan tugas seharian dan jumlah
petugas yang terhad, maka itu menjadi halangan.Jelasnya, walau apa pun cabarannya, jururawat tetap menjalankan tugas dan amanah menjaga pesakit dengan rawatan optimum.“Jururawat
tidak boleh memberikan rawatan substandard kerana inilah ikrar kami
untuk menjaga pesakit dengan sebaik-baiknya,” katanya.