Utusan Malaysia
12/5/2017
12/5/2017
PUTRAJAYA
12 Mei – Malaysia masih berdepan masalah kekurangan jururawat, sekali
gus menyebabkan sasaran nisbah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu
seorang jururawat bagi 200 penduduk masih belum tercapai.Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri
Dr. Hilmi Yahaya berkata, antara kekangannya adalah pengambilan
jururawat pelatih yang kecil setiap tahun, pertambahan penduduk dan
pertambahan bilangan jururawat berpencen.
Sehubungan itu katanya, sebagai langkah awal,
kementerian melatih seramai 10,000 paramedik setiap tahun melalui 33
institusi latihan perubatan di seluruh negara.“Pada
masa ini, nisbah seorang jururawat adalah untuk 300 penduduk. Kita
memang menuju ke arah sasaran WHO, tetapi bukan dalam waktu terdekat,
mungkin dalam tempoh 10 tahun lagi.
“Bagaimanapun
kita percaya jumlah pengambilan jururawat berkelulusan diploma seramai
3,300 setiap tahun masih mampu membantu hospital merawat jumlah pesakit
yang ada,” katanya selepas merasmikan sambutan Hari Jururawat
Antarabangsa 2017 dan Seminar Saintifik, di sini hari ini.
Yang
hadir sama, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah,
Pengarah Kejururawatan Bahagian Kejururawatan kementerian, Rosena Abdul
Ghani dan Presiden Persatuan Jururawat Malaysia, Sharipah Asiah Syed
Junid Aljunid Mengulas lanjut, Hilmi
berkata, kementerian juga mengambil langkah melatih seramai 40,000
sukarelawan sebagai pembantu penyaring kesihatan dalam kalangan
masyarakat setempat.Selain itu, katanya,
Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) dan Rukun Tetangga turut menyertai
program sukarelawan itu yang mana seramai 11,000 daripada anggota mereka
mahir dalam memberikan perkhidmatan saringan seperti memeriksa tekanan
darah, kolesterol dan berat badan.
“Langkah
ini membantu kementerian menggalakkan kempen penjagaan kesihatan dan
gaya hidup sihat melalui proses saringan. Mencegah itu lebih baik
daripada merawat,” katanya.Dalam pada itu,
beliau memberitahu, sejumlah 2,000 klinik desa di seluruh negara sedang
dinaik taraf secara berperingkat kepada klinik kesihatan tahap tujuh
(KK7).Jelasnya, proses penambahbaikan itu
akan membolehkan klinik-klinik desa menawarkan perkhidmatan rawatan
pesakit luar berbanding sebelum ini hanya untuk ibu mengandung.“Langkah
itu akan memudahkan masyarakat luar bandar, mereka tidak perlu lagi
pergi ke bandar yang mana jarak perjalanan ada kalanya jauh selain
meningkatkan tahap perkhidmatan kesihatan negara,” katanya.
Terdahulu
beliau menyampaikan anugerah khas kepada tiga orang tokoh jururawat
iaitu Siti Mahfudz (tokoh jururawat perkhidmatan); Dr. Jeya Devi
Coomarasamy (tokoh jururawat pendidikan) dan Habesah Ab. Latif (tokoh
jururawat komuniti).
Do you need Finance? Are you looking for Finance? Are you looking for finance to enlarge your business? We help individuals and companies to obtain finance for business expanding and to setup a new business ranging any amount. Get finance at affordable interest rate of 3%, Do you need this finance for business and to clear your bills? Then send us an email now for more information contact us now via (financialserviceoffer876@gmail.com) whats-App +918929509036 Dr James Eric Finance Pvt Ltd Thanks
ReplyDeleteDo you need Finance? Are you looking for Finance? Are you looking for finance to enlarge your business? We help individuals and companies to obtain finance for business expanding and to setup a new business ranging any amount. Get finance at affordable interest rate of 3%, Do you need this finance for business and to clear your bills? Then send us an email now for more information contact us now via (financialserviceoffer876@gmail.com) whats-App +918929509036 Dr James Eric Finance Pvt Ltd Thanks
ReplyDelete